Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah dan kuarters kakitangan, Batang Padang, Perak bermula 16 sehingga 29 Mac ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan tahanan di penjara itu.